MENU

Seminar Tempur tanpa senjata(TTS) 2016 yang telah diadakan pada 03 Oktober 2016 bersamaan 02 Muharram 1438H di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh. Seminar ini merupakan Anjuran daripada Jawatankuasa Pembangunan Islam Belia dan Kebajikan Majlis Daerah Pasir Puteh bersama Dynamic Kick Martial Arts. Seminar ini dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein(Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh). Seminar Tempur Tanpa Senjata ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan seni beladiri yang diamalkan atau menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan dari pihak musuh. Ia turut menerapkan beberapa elemen mempertahankan seperti tangkisan, tumbukan, kuncian dan beberapa gerakan lagi. Tempur tanpa senjata ini biasanya diajar kepada pasukan pengaman dan angkatan tentera namun untuk seminar ini ianya turut diajar kepada orang awam.

Related Links