MENU

MDPP LAKSANA MoU DENGAN
SYARIKAT LEC WATER SDN.BHD;

PASIR PUTEH – Syarikat Lec Water Sdn.Bhd telah berjaya dalam cadangannya untuk melaksanakan projek secara usahasama dengan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Cadangan Pembangunan Bandar Baru Pasir Puteh bersama-sama dengan Syarikat HLK Ventures Sdn.Bhd. Majlis menandatangani perjanjian dilakukan oleh Tn. Hj. Nazran bin Muhammad, mewakili MDPP, manakala pihak Syarikat Lec Water pula diwakili oleh En. Lim Aik Soon, selaku Pengarah Urusan Syarikat.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kawasan Ga'al, Yang Berhormat Drs. Saiful Bahrain bin Mohammad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kawasan Selising, Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh, Tn. Hj. Che Bisi bin Hassan, Tuan Setiausaha MDPP, En. Shahrin bin Abdullah, Ahli Majlis dan kakitangan pengurusan MDPP.

Dengan terlaksananya cadangan projek pembangunan ini, masyarakat setempat juga bakal menerima impak pembangunan dan kesan ekonomi yang pesat, dimana kesinambungan daripada projek yang dilaksanakan oleh pihak Syarikat HLK Ventures, projek ini merupakan pelengkap kepada projek sedia ada yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, pengembangan ekonomi dan kemudahan awam akan disediakan sebaik mungkin.

Tuan Yang Dipertua MDPP mengucapkan tahniah kepada pihak syarikat disamping mengingatkan pihak syarikat bahawa projek ini merupakan projek usahasama antara MDPP dan syarikat, justeru pihak syarikat mestilah benar-benar menunjukkan komitmen serta menjaga imej dan kepentingan  MDPP sepanjang projek dilaksanakan, dan terpenting; melaksanakan projek sebagaimana perancangan dan jadual yang telah ditetapkan.