MENU

Pada 23 Mei 2015 bersamaan 05 Syaaban 1436H, satu Gotong-royong Kebersihan telah diadakan di Sekolah Menengah Arab Madinatul Ilmi di Kampung Wakaf. Program ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi. Gotong-royong ini melibatkan seramai 10 orang kakitangan dari Bahagian Kebersihan dipantau oleh Pengawas Bandar. Gotong-royong ini diadakan bagi membersihkan perabot-perabot sekolah yang telah usang untuk dilupuskan di tempat pelupusan sampah. Program ini turut disertai oleh beberapa orang guru dan pelajar sekolah berkenaan.Gotong-royong seperti ini seharusnya diteruskan bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria disamping dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar.

mi1

mi2

mi3

mi4

mi5

mi6