MENU

Gotong-royong Membersih Longkang di Hadapan Pejabat Agama, Pasir Puteh

Pada 18 November 2014 bersamaan 25 Muharram 1436H, satu Gotong-royong Membersih Longkang telah diadakan di  Hadapan Pejabat Agama Pasir Puteh. Gotong-royong ini disertai oleh kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh(Bahagian Pelesenan). Gotong-royong ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Longkang tersebut terpaksa digali bagi mengelakkan kejadian longkang tersumbat berulang lagi. Gotong-royong ini diadakan bertujuan untuk memastikan kebersihan longkang di kawasan Pejabat Agama selepas hujan lebat berterusan mengakibatkan longkang tersumbat. Diharap dengan gotong-royong pembersihan longkang ini dapat memastikan kebersihan kawasan persekitaran pejabat.

L1

L2

L3

L4

L5

L6