MENU

Kelapa Pandan Jadi Pilihan Pengunjung

TOK BALI – Pengunjung yang datang ke Tok Bali pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati keenakan citarasa air kelapa muda. Kini Kelapa Pandan menjadi pilihan dan rebutan para penggemar air kelapa muda.

Ini kerana aroma asli air kelapa muda yang terasa seakan-akan rasa aroma daun pandan. Walaupun buahnya tidak sebesar buah kelapa yang lain, namun disebabkan rasanya yang manis dan terasa pandan menjadi pilihan dan kegemaran ramai.

Pakej yang dimiliki oleh kelapa pandan ini ialah airnya yang manis dan beraroma serta isi yang sedap dan pejal. Manakala pokoknya juga rendah dan memudahkan pemilik memetik buah. Tempoh matang pokok kelapa ini antara tiga hingga lima tahun, dan boleh mengeluarkan hasil yang lumayan.

Bertepatan dengan slogan Kerajaan Negeri Kelantan pada masa kini, ‘Bertani Suatu Ibadah', masyarakat tempatan telah menyahut slogan ini dengan menceburkan diri dalam bidang pertanian yang pelbagai. Walaupun bukan untuk dikomersilkan, namun mereka tetap mendapat pulangan secara tdak langsung.

Pada penghujung bulan Mei 2012, yang lepas, peserta Mesyuarat Penyelarasan Kerja Bersama Syarikat Shell Malaysia, di Tok Bali, yang dihadiri oleh kakitangan SUK, PTJP, MDPP dan agensi kerajaan jajahan Pasir Puteh telah dihidangkan dengan air kelapa muda pandan dan rata-rata peserta melahirkan rasa puas hati dengan keenakan air kelapa muda pandan.

Kelapa Pandan Jadi Pilihan Pengunjung

Kelapa Pandan Jadi Pilihan Pengunjung