MENU

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan pada 09 Februari 2015 bersamaan 19 Rabiulakhir 1436H. Kursus ini disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu En. Rosli bin Mohamed, Pengarah Inovasi, Bahagian Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Kelantan. Kursus ini diadakan di Bilik Gerakan MDPP dan disertai oleh 40 orang kakitangan Majlis yang diwakili oleh setiap unit. Kursus ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan satu kumpulan yang bertanggungjawab dalam menghasilkan idea-idea kreatif untuk disumbangkan kepada pengurusan Majlis. Selain itu, kursus ini diharap memberikan pemahaman lebih mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Diharap dengan penubuhan KIK ini dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja dalam kerja seharian.

kik1

kik2

kik3

kik4