MENU

Majlis Perpisahan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh Jasamu Dikenang ini diadakan pada 2 Zulkaedah 1435H bersamaan 28 Ogos 2014 bertempat di Perkarangan Kediaman Tuan Yang Dipertua pada jam 12.00 tengahari. Majlis Perpisahan ini adalah anjuran Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Pasir Puteh. Majlis ini dimulai dengan kedatangan Dif yang diraikan dengan menaiki kereta kuda dan diiringi oleh kakitangan Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Pasir Puteh. Majlis ini disertai dengan kehadiran Kumpulan Kompang dan Rebana Ubi bagi memeriahkan Majlis ini. Majlis Perpisahan ini diadakan bertujuan mengenang jasa serta keringat Tuan Yang Dipertua terhadap pembangunan di Pasir Puteh. Tuan Yang Dipertua telah berkhidmat selama dan akan menamatkan perkhidmatannya bermula September 2014. Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan akan kami ingati sepanjang zaman. Majlis turut merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih dengan menyampaikan hadiah dari Agensi-agensi yang dibawah pimpinan Tuan Yang Dipertua. Majlis Perpisahan ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

MP

MP1

MP2

MP3

MP5