MENU

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh ini diadakan pada 27 Syawal 1435H bersamaan 23 Ogos 2014 di Perkarangan Kediaman Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh. Majlis ini dihadiri oleh Setiausaha, Ahli-ahli Majlis, kakitangan serta ahli keluarga kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan ahli keluarga kakitangan.

Di samping dijamu dengan pelbagai jenis makanan, Pertandingan Gerai Tercantik juga telah diadakan. Unit Kewangan dan Unit Penilaian memperolehi hadiah johan. Unit Perancang Bandar dan Desa dan Unit Teknologi Maklumat berada di tempat kedua, diikuti dengan Unit Bangunan dan Unit Undang-Undang pada tempat ketiga. Hadiah berupa hamper telah disampaikan oleh Yang Dipertua kepada pemenang. 

 

hrmdpp1

hrmdpp2

hrmdpp3

hrmdpp4

hrmdpp5

hrmdpp6

hrmdpp7

hrmdpp7