MENU

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan

Pada 30 Mac 2015 bersamaan 09 Jamadilakhir 1436H, satu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Perkarangan Masjid Ibrahimi. Majlis Tilawah ini telah diadakan selama 4 hari berturut-turut. Majlis Perasmian tilawah ini dirasmikan oleh YAB. Ustaz Dato' Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan.  Pameran juga turut diadakan di Perkarangan Masjid Ibrahimi. Pameran barangan antik Islamik seperti Al-Quran, alat hukuman jahiliah, pameran dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh dan pameran Komponen Pembangunan Daerah Pasir Puteh. Majlis Penutup diadakan pada 02 April 2015 (Khamis malam Jumaat) dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Dato'Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Negeri Kelantan). Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan pada kali ini dimenangi oleh Qari dan Qariah dari Tanah Merah. Majlis ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk Pasir Puteh dan seluruh Kelantan. Program ini bertujuan  melahirkan generasi qurani yang bukan sahaja mempunyai kecintaan terhadap Al-Quran malah menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.Di samping itu,program ini  dapat mengukuhkan asas kerohanian umat Islam di kalangan orang awam.

Hari Pertama Majlis Tilawah Al-Quran

aq1

aq2

aq3

aq4

aq5