MENU

Tahun Melawat Kelantan 2012

Tahun Melawat Kelantan 2012

Tahun 2012 sangat bermakna buat negeri Kelantan kerana tahun 2012 merupakan Tahun Melawat Kelantan. Kali terakhir program Tahun Melawat Kelantan adalah pada 2008. Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 ini, Kerajaan Kelantan telah mengadakan pelbagai bentuk program dan aktiviti bagi memastikan sasaran dikunjungi 6 juta pelancong .

Pelbagai program bertaraf antarabangsa turut diatur bagi menarik kedatangan pelancong seperti Pesta Wau, Pesta Air, Pesta Makanan dan Buah-buahan, Pesta Burung Ketitir dan Kilauan Emas Sedunia.

Promosi mengenai TMK 12 telah giat diadakan seperti misi menawan puncak Gunung Kinabalu, konvoi motosikal berkuasa tinggi ke utara semenanjung dan konvoi Volkswagen ke selatan dan tengah semenanjung.