MENU

4. Bahagian Pembangunan, Kebersihan dan Kesihatan Awam

  • Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua urusan pembangunan,perancangan pambangunan, kebersihan dan keindahan bandar, perkhidmatan mengangkat sampah dan juga terlibat dalam mengendalikan semua jenis permohonan lesen perniagaan yang dikenakan di kawasan Majlis.

5. Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam kawalan pembangunan dalam kawasan pentadbiran Majlis dan urusan pembinaan bangunan baru yang memerlukan kelulusan dari pihak Majlis.Perancangan dan pambangunan projek-projek perumahan dan peniagaan juga di kendalikan oleh bahagian ini sehingga kepada proses pengeluaran Sijil Kelayakan Duduk (SKD).

6. Bahagian Penguatkuasa

  • Bahagian ini bertanggungjawab terhadap semua penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan oleh semua bahagian di bawah pentadbiran Majlis.Sebagai contoh, penguatkuasaan lesen perniagaan,sitaan kedai dan gudang milik Majlis yang enggan membayar sewa, sitaan dan penjualan barang bagi premis-premis yang enggan membayar tunggakan cukai pintu, pembuangan sampah di tempat yang dilarang,menjalankan perniagaan secara haram,membina bangunan tanpa kebenaran dan sebagainya.

7. Bahagian Teknologi Maklumat

  • Bahagian ini bertanggungjawab terhadap merancang dan melaksanakan pembangunan aplikasi/ sistem, menjalankan tadbir urus sistem server dan rangkaian dalaman pejabat di samping mengurus sistem dan aplikas komputer serta memasti dan memantau kelancaran perkhidmatan MDPP dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan, bersesuaian dengan visi dan misi Pengurusan MDPP.