MENU

Gotong-royong Kebersihan Pasca Banjir Dun Selising yang telah diadakan pada 25 Januari 2017 bersamaan 26 Rabiulakhir 1438H di Zon Tasek Pauh, Tasik Tualang Tinggi. Pelbagai agensi turut hadir bagi menjalankan kerja-kerja kebersihan di kawasan persekitaran rumah, surau dan masjid.  Turut hadir adalah Ketua Whip, Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh dan Penyelia Dun Selising. Aktiviti gotong-royong ini melibatkan kakitangan dari Bahagian Kebersihan MDPP diselia oleh seorang Pengawas Bandar.