MENU

Berikutan musim tengkujuh yang melanda Kelantan, Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein) telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Bukit Awang, Pasir Puteh. Turut serta membantu mangsa banjir adalah dari Jabatan Polis Daerah Pasir Puteh, Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh.