MENU

26 Mac 2019 - Gotong-royong Minggu Bersih Bersama Agensi dan Masyarakat Peringkat Jajahan Pasir Puteh yang telah diadakan di Pusat Peranginan - Pantai Tok Bali. Gotong-royong ini diadakan sempena Kempen Kelantanku Bersih. Gotong-royong tersebut turut dihadiri oleh YB. Dun Semerak, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Penerangan MDPP, Setiausaha MDPP, Pemangku OCPD Pasir Puteh, Ahli-ahli Majlis MDPP dan wakil-wakil jabatan PDRM, Maritim, Bomba, JKR, JPS, Kesihatan Pasir Puteh, AADK, JKM, penghulu Daerah Semerak serta jabatan-jabatan lain yang terlibat. Tidak lupa juga kepada kakitangan MDPP(Bahagian Kebersihan) yang turut serta menceriakan kawasan tersebut. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan daripada semua agensi bagi menjayakan program ini.

#JagaKebersihanPantaiKita
#KempenKelantankuBersih
#JupoSapohKutipJangeTohokKokse

Sila KLIK DISINI untuk paparan gambar selanjutnya.