MENU

Himpunan Anak Muda Istiqamah (HAMASAH) 2015

Pada 11 September 2015 bersamaan 27 Zulkaedah 1436H, satu program Himpunan Anak Muda Istiqamah 2015 (Hamasah) telah diadakan di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh.Sambutan sangat luar biasa oleh pemuda-pemuda Kelantan dalam program Himpunan Anak Muda Istiqamah 2015 (Hamasah) dengan kehadiran dijangka melebihi 10 000 ribu orang membuktikan sokongan terhadap PAS tidak goyah mahupun goncang walau sedikitpun.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi dengan pertunjukkan silat oleh pendekar-pendekar muda di seluruh Kelantan. Berlansung pada waktu yang sama juga pertunjukkan Ular, Aerospace dan haiwan-haiwan peliharaan seperti arnab.

Pemuda-pemuda di seluruh Kelantan mula memenuhi padang Majlis Daerah Pasir Puteh bermula jam 3 petang dengan lebih 300 orang menyertai konvoi motorsikal sempena pelancaran Alternative Riding Club (ARC) Kelantan. Padang yang hijau mula kelihatan semakin menghijau dengan kemunculan peserta-peserta yang memakai baju hijau.

Usai solat asar, semua peserta berkumpula di tengah padang untuk mendengar ucapan dan amanat daripada pimpinan. Kibaran bendera PAS dan laungan takbir Allahuakbar memenuhi segenap corok padang. Sambutan yang diterima sangat luar biasa dengan jumlah peserta yang dijangka melebihi 10 000 ribu orang.

 Pada sebelah malamnya, diadakan zikir munajat dan solat hajat diikuti jamuan makan malam bersama Ayahanda-Ayahanda. Majlis seterusnya diteruskan dengan acara terakhir iaitu Ceramah Isu-Isu Semasa oleh pimpinan-pimpinan kerajaan negeri Kelantan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengarah Hamasah, Sdr Nazman Che Ibrahim dan seluruh ahli jawatankuasa penganjur.

h1

h2

h3

h4