MENU

Karnival Kebudayaan yang telah diadakan bermula 27 Oktober sehingga 29 Oktober 2016 di Pantai Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Mejar (B) Hj. Md. Anizam B. Abd Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan). Karnival ini merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan & Majlis Daerah Pasir Puteh. Karnival Kebudayaan ini melibatkan pelbagai acara diantaranya adalah Sukaneka, Suppa Duppa, Bola Sepak Pantai, Pameran Jabatan, Pertandingan Keris/Golok Cantik, Forum Perdana serta Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Islam. Acara kemuncak melibatkan acara Lumba Bot Fiber, Pertandingan Berenang, Pertandingan Perahu Cantik, Persembahan Kapal Terbang Kontrol, Pertandingan Gasing Pantai Timur, Pertandingan Kuda Lasak dan Pertandingan Perahu Panjang. Acara ini telah mendapat sambutan ramai dari orang awam Jajahan Pasir Puteh serta dari luar Jajahan Pasir Puteh.