MENU

Majlis Anak Yatim dan Asnaf bersama Yang Dipertua dan Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh, Puspanita Sri Pasir Puteh dan Tabung Amanah Tok Kenali Tahun 2015

Majlis Anak Yatim dan Asnaf bersama Yang Dipertua dan Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh, Puspanita Sri Pasir Puteh dan Tabung Amanah Tok Kenali Tahun 2015 / 1436H telah diadakan pada 17 Disember 2015 bersamaan 05 Rabiul Awal 1437H di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh. Program dihadiri oleh Yang Dipertua MDPP( Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein), isteri Yang Dipertua MDPP merangkap Pengerusi Puspanita Sri Pasir Puteh, isteri pegawai Pejabat tanah dan Jajahan, Pegawai Majlis Daerah Pasir Puteh, kakitangan wanita dari Majlis Daerah Pasir Puteh dan kakitangan wanita dari Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.Turut hadir adalah Penggawa, Penghulu Kampung, golongan asnaf dari setiap Dun serta golongan anak yatim. Program dimulakan dengan kehadiran dif-dif jemputan disertai oleh ucapan aluan daripada YBrs. Pengerusi Tabung Amanah Tok Bali diteruskan dengan ucapan dari Ketua Whip Majlis dan ucapan perasmian daripada YBrs. Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh. Program diteruskan dengan demonstrasi Masakan oleh Chef jemputan dari Resort Tok Aman Bali dan berakhir dengan pemberian sumbangan kepada golongan anak yatim dan asnaf.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim ahli-ahli PUSPANITA khasnya di Jajahan Pasir Puteh serta menghargai sumbangan Ahli-ahli Jawatankuasa PUSPANITA Sri Pasir Puteh yang telah bertukar ke pejabat dan agensi di Jajahan lain.

p1

p2

p3

p4

p5