MENU

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2013

Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat negeri Kelantan Tahun 2013 telah diadakan pada 24 Oktober 2013 di Dewan Bunga Teratai, Kota DarulNaim. Majlis ini telah berlangsung pada waktu pagi dan telah dihadiri oleh YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan dan YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan serta ketua-ketua jabatan dan kakitangan SUK serta PBT.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang turut sudi menyampaikan anugerah-anugerah inovasi kepada pemenang. Acara ini juga dimeriahkan dengan persembahan KIK daripada pemenang pertandingan KIK Peringkat Negeri Kelantan  iaitu Kumpulan I- Kreatif dari Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan projek I-Scan serta ceramah bertajuk "Inovasi di dalam Perkhidmatan Awam" yang disampaikan oleh Dr. Mazelan Khamis, CEO Yayasan Inovasi Malaysia.

Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah mendapat tempat Naib Johan dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Peringat Negeri Kelantan.  MDPP telah mempersembahkan projek inovasinya iaitu Sistem Sebut Harga (eHarga) pada 24 Oktober 2013.

Lawatan ke Pameran Projek Inovasi telah diadakan sebelum majlis bersurai.