MENU

Pesta Flora dan Organik Lojing 2015

Sempena Pesta Flora dan Organik Lojing 2015 yang telah diadakan pada 19 November hingga 22 November 2015 bertempat di Lojing, Gua Musang, kakitangan Majlis daerah Pasir Puteh (Bahagian Kebersihan) telah membuat persiapan bermula 17 November 2015. Tema Pesta yang diadakan ini adalah "Agro Tourism - Warisan Berharga Kita" dipilih selari dengan Pesta Bunga dan Organik Lojing 2015 menonjolkan produk pelancongan berasas produk Agro yang melibatkan aktiviti Pertanian, Penternakan dan Perikanan berkonsepkan 'Bertani Satu Ibadah' yang ada di setiap Jajahan. Setiap PBT di Kelantan terlibat dalam pertandingan ini. Pertandingan Landskap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga turut diadakan sebagai salah satu aktiviti pengisian pesta flora tersebut. Pesta ini merupakan aktiviti yang dicetuskan melalui inisiatif bio-ekonomi terkandung dalam Pelan Strategik Pembangunan Lembah Agro Bio Negeri Kelantan yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) pada tahun 2014. Majlis Daerah Pasir Puteh telah mendapat Johan dalam Pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.

pf31

pf32

pf33

pf34

pf35