MENU

Pesta Memancing ini telah diadakan pada 20 Ogos 2016 bersamaan 17 Zulkaedah 1437H di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh.
Program ini merupakan anjuran Badan Kebajikan & Sukan Majlis Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Juara bagi pertandingan ini akan diberi hadiah berupa wang tunai RM7,000.00 manakala tempat kedua berjumlah RM3,000.00 dan tempat ketiga berjumlah RM1000.00. Pihak MDPP turut menawarkan hadiah cabutan utama berupa sebuah motosikal dan 50 cabutan bertuah lain berupa hadiah pelbagai barangan dapur, elektrik dan hamper. Yuran pendaftaran bagi setiap peserta hanya berjumlah RM45.00 bagi setiap joran. Pesta ini mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan, peserta dari Negeri Terengganu dan peserta dari Negeri Pahang. Pesta bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.