MENU

Program simulasi pengurusan bencana ini telah diadakan pada 09 November 2016 bersamaan 09 Safar 1438H di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh. Program ini dirasmikan oleh YABrs. Muhammad Hanafi bin Haji Maulud (Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan). Turut hadir adalah YABrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein (Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh) dan ahli-ahli majlis. Pelbagai wakil dari jabatan-jabatan kerajaan di Jajahan Pasir Puteh turut hadir diantaranya adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, JPAM, JKM Machang, Majlis Daerah Pasir Puteh dan lain-lain jabatan. Program ini merupakan anjuran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh dan Machang.