MENU

Sumbangan Majlis Daerah Pasir Puteh kepada Tabung Bencana Banjir

Sempena membantu mangsa banjir di Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan telah  menubuhkan  satu  tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa banjir di negeri ini. Oleh itu, Majlis Daerah Pasir Puteh turut menyumbangkan bantuan sebanyak RM10, 000 untuk disalurkan ke Tabung Bencana Banjir ini. Sumbangan ini diberikan kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Hj. Mohd Faudzi bin Hj. Che Mamat pada 31 Disember 2014 bersamaan 9 Rabiulawal 1436H di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. Sumbangan sedikit sebanyak ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa banjir di Negeri Kelantan.

SUM

SUM 1