MENU

Bazar Aidilfitri Tahun 2019 / 1440 Hijrah

MD PASIR PUTEH mengalu-alukan sesiapa (Warga Pasir Puteh) yang berminat memohon untuk berniaga di Bazar Aidilfitri Pasir Puteh di Bandar Baru Pasir Puteh Sentral, bagi tahun 2019.

Permohonan dibuka mulai 31 Mac 2019 sehingga 11 April 2019.

  1. SYARAT PERMOHONAN
    1. Borang Permohonan boleh didapati di Kaunter Hasil MDPP dengan bayaran RM4.00 (satu borang).
    2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Bahagian Pelesenan MDPP selewat-lewatnya pada 11 April 2019 beserta Dokumen Lampiran.
    3. Bayaran bagi satu tapak adalah RM350.00 (Khemah disediakan oleh MDPP).
    4. Bayaran bagi satu tapak untuk jualan makanan dan minuman adalah RM500.00 (Khemah disediakan oleh MDPP). Hanya terhad kepada 30 tapak sahaja.

 

  1. DOKUMEN LAMPIRAN
    1. 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    2. 1 Keping Gambar berukuran passport.
    3. 1 Salinan Sijil Pemeriksaan Kesihatan (bagi pengendali makanan sahaja).

 

CATATAN :

Sebarang pertanyaan sila hubungi 09-785 5814(Bahagian Pelesenan MDPP).