MENU

Bazar Ramadan Tahun 2019 / 1440 Hijrah

MD PASIR PUTEH mengalu-alukan sesiapa (Warga Pasir Puteh) yang berminat memohon untuk berniaga di  Bazar Ramadan Pasir Puteh di Pasir Puteh Sentral, Selising (Tapak Pasar Terbakar) dan Cherang Ruku bagi tahun 2019.

Permohonan dibuka mulai 17 Mac 2019 hingga 28 Mac 2019.

  1. SYARAT PERMOHONAN
    1. Borang Permohonan boleh didapati di Kaunter Hasil MDPP dengan bayaran RM3.00 (satu borang).
    2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Bahagian Pelesenan MDPP selewat-lewatnya pada 28 Mac 2019 beserta Dokumen Lampiran.
    3. Bayaran bagi satu tapak adalah sebagaimana berikut :

Bazar Pasir Puteh       – RM350.00

Bazar Selising             – RM300.00

Bazar Cherang Ruku  – RM50.00

  1. Pemohon diwajibkan Hadir ke Majlis Taklimat Bazar Ramadhan, tarikh dan taklimat akan diberitahu kelak.

 

  1. DOKUMEN LAMPIRAN
    1. 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    2. 1 Keping Gambar berukuran passport.
    3. 1 Salinan Sijil Pemeriksaan Kesihatan (bagi pengendali makanan sahaja).

 

CATATAN :

Bagi Bazar Pasir Puteh dan Bazar Selising, Khemah dan Alas Meja disediakan oleh MDPP. 

Sebarang pertanyaan sila hubungi 09-785 5814(Bahagian Pelesenan MDPP).