MENU
KEBAIKAN BERBUAT BAIK KEPADA ANAK YATIM
 
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, 
maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, 
maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” 
(Hadis riwayat Ahmad) 
 
Quran secara jelas menegaskan dalam beberapa ayatnya yang menyuruh kita berbuat baik kepada anak yatim. Surah al Baqarah, ayat 220, Allah SWT berfirman 
bermaksud; “Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.” 
 
RUMAH ANAK YATIM DAN DUAFA' SITI AMINAH MEMERLUKAN SUMBANGAN DARIPADA DERMAWAN DI LUAR SANA. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK: 553010597705
UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI DI TALIAN : 09-7190929