MENU

PEKELILING

Nilai Teras

  • Nilai teras kod etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan terbahagi kepada tiga komponen nilai iaitu:-

1. ‘Ubudiyyah'

  • Nilai ini merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah yang diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Ia member signifikan dari sudut sifat diri, tujuan hidup, dan juga cara menjalani kehidupan yang lahir dari pancaran iman dan aqidah yang jelas.

2. ‘Mas'uliyyah

  • Nilai ini merujuk kepada tanggungjawab iaitu segala kerja yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di hari pengadilan kelak. Nilai ini merupakan satu konsep khilafah yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui amalan berlandaskan syariat.

3. ‘Itqan'

  • Nilai ini merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan kerja. NIlai ini akan membentuk peribadi yangberakhlak dan bermoral serta modal insane yang cemerlang dalam melaksanakan tugas.