MENU

PEKELILING

Nilai Tatakelakuan

Nilai tatakelakuan ‘Ubudiyyah'

1. Ikhlas dan Niat Suci

  • Mempunyai niat melaksanakan tugas kerana Allah WST untuk mencari rezeki yang halal dan mengharapkan keredhaan-Nya serta sentiasa berhati mulia dalam melaksanakan balasan manusia dan menghakis sebarang unsure kepentib=ngan diri sebagai asas pengisian amanah.

2. Bekerja Sebagai Ibadat

  • Sentiasa meyakini bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah berupa ibadat dan berusaha untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

3. Pengawasan Allah SWT

  • Menyedari bahawa segala gerak kerja yang dilukan adalah sentiasa berada di bawah pengawasan Allah SWT.

4. Balasan dan ganjaran

  • Menginsafi bahawa segala tugas dan amalan yang baik akan dibalas dengan ganjaran manakala perbuatan yang buruk akan mendapat hukuman daripada Allah SWT.

5. Mencapai keredhaan Allah SWT

  • Sentiasa meyakini bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

6. Bersyukur

  • Sentiasa menghargai nikmat dan rahmat Tuhan, gembira dapat melaksanakan tugas, kecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif, redha dengan keduudkan dan pangkat, berbelanja dengan berhemah dan menggunakan segala nikmat dan pemberian Tuhan ke arah perkara yang diredhai-Nya.