MENU

PANDUAN

Perkhidmatan Kaunter

1. Menerima pelanggan dengan mesra dan semangat ingin memenuhi keperluan mereka;

2. Memberi perkhidmatan yang cekap dan cepat;

3. Melayani pelanggan dengan adil dan mengikut giliran yang sepatutnya; dan

4. Melafazkan ucapan yang dapat melahirkan suasana yang baik dan pelanggan merasa diri mereka dihargai dan terus ingin berurusan seperti ‘Terima Kasih', ‘Jumpa lagi' dan ‘Assalamualaikum'.

Perkhidmatan telefon

1. Bercakap dengan nada yang lembut, terang, jelas, sederhana, mesra dan bersedia membantu tanpa diminta;

2. Elakkan daripada kedengaran bosan dan keletihan semasa melayan panggilan dan jangan sesekali membiarkan emosi mempengaruhi tugasan; dan

3. Jangan membiarkan pemanggil menunggu lebih dari setengah minit (30 saat) dan bersedia memohon maaf jika pemanggil menunggu lama.