MENU

UNDANG-UNDANG KECIL

 

1. Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian

  • Undang-undang Kecil Perlesenan Tred Perniagan telah diwartakan pada tahun 1987 di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Undang-undang ini terpakai di kawasan jajahan MDPP sahaja.  Setiap pemegang lesen harus mematuhi dan memastikan perkara-perkara seperti berikut:

    • Kelengkapan peralatan pemadam kebakaran berada dalam kedaaan yang memuaskan hati Yang DiPertua.
    • Semua tangga dan jalan keluar yang cukup dan mudah dielenggarakan.
    • Semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar bebas daripada segala halangan serta mudah untuk digunakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

2. Undang-undang Kecil Penjaja 1987

  • Undang-undang ini telah diwartakan pada tahun 1986.  Undang-undang ini menerangkan tiada penjaja yang boleh bertindaksebagai penjaja tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua di bawah undang-undang kecil. Permohonan lesen boleh dibuat secara bertulis kepada Yang Dipertua dalam borang yang telah ditetapkan. Tiap-tiap lesen boleh dibatalkan oleh Yang Dipertua pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab. Penjaja hendaklah menjaga kebersihan dan menyediakan tong sampah. Pihak Majlis Daerah Puteh berkuasa mengenakan penalti atau menyita gerai penjaja yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MDPP. Segala tuntutan ke atas barangan yang disita boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh barang-barang itu disita.

3. Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut

  • Undang-undang Kecil Gunting Rambut dan Pendandan Rambut telah di wartakan di bawah Seksyen 103 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1988.  Setiap pemilik premis perniagaan ini harus mematuhi perkara-perkara seperti berikut:

    • Pendandan harus membersihkan diri dengan menggunakan air sabun dan air bersih sebelum melayan pelanggan.
    • Semasa melayan pelanggan, pendandan diharuskan memakai kot atau overall yang bersih dan bersesuaian (kain yang berwarna putih atau warna-warna lembut).
    • Setiap pendandan rambur harus menjalani pemeriksaan doktor dalam tempoh setahun sekali.

4. Undang-undang Kecil Mengkompaun Kesalahan 1984

  • Undang-undang Mengkompaun Kesalahan-kesalahan telah diwartakan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Disember 1984.  Antara kesalahan-kesalahan yang dikenakan kompaun adalah di bawah Seksyen 69, 70, 74, 75, 76, 78, 82 (5), 91, 107, 109, 240 (2) (a), 160 dan 161 Akta Kerajaan Tempatan.  Pihak yang berkuasa untuk mengkompaun kesalahan tersebut adalah seperti Yang DiPertua dan Setiausaha MDPP atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk melaksanakan undang-undang teresbut.

5. Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan 1987

  • Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1987 telah diwartakan pada 1986 di bawah Seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Undang-undang ini berkuatkuasa dan terpakai di seluruh kawasan jajahan MDPP.  Antara kesalahan-kesalahan bagi pengendali makanan mengikut Undang-undang Kecil Pengendali Makanan adalah seperti berikut:

    • Menghidap apa-apa jenis penyakit berjangkit.
    • Pembawa kepada apa-apa penyakit berjangkit.
    • Menghidap penyakit yang mengeluarkan nanah atau serum dari mana-mana bahagian badan atau apa-apa jenis penyakit kulit.
    • Pengendali yang menjadi suspek kemungkinan pembawa atau penyebar organisma yang mengakibatkan penyakit.
    • Menjalinkan perhubungan dengan mana-mana individu lain yang menghidap penyakit berjangkit.

6. Undang-undang Kecil Lembu Kerbau Merayau 1981

  • Undang-undang Kecil Lembu Kerbau Merayau telah diwartakan di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1981.  Antara peruntukan yang termaktub dalam undang-undang kecil ini adalah seperti berikut:
  • Tidak dibenarkan untuk menempatkan atau memelihara lembu/ kerbau tanpa mempunyai lesen kebenaran yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua MDPP.
  • Yang DiPertua berkuasa untuk mengeluarkan lesen bagi kawasan jajahan MDPP untuk diwartakan sebagai tempat memelihara lembu/kerbau yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan Borang I Senarai Bersama.
  • Setiap pemegang lesen harus mempamerkan lesen yang disahkan di tempat yang mudah dilihat untuk pemeriksaan oleh Pegawai Kesihatan dan Pagawai MDPP. 
  • Setiap permohonan untuk menggunakan mana-mana tempat sebagai kawasan pemeliharaan lembu/kerbau harus mengisi Borang 2  Jadual Bersama.
  • Setiap lesen yang dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil ini harus menyatakan maklumata-maklumat seperti nama pemegang lesen, alamat dan lokasi premis, dan bilangan lembu/kerbau.
  • Yang DiPertua berkuasa untuk membatalkan dan menggantung lesen selama tempoh mengikut budibicaranya terhadap pihak yang melanggar syarat-syarat dalam Undang-undang Kecil tersebut.
  • Setiap lesen yang dikeluarkan mempunyai tempoh tamat pada 31 Disember pada tahun tersebut.
  • Yang DiPertua berkuasa untuk menolak pembaharuan lesen yang dikemukan tanpa sebarang penjelasan.
  • Individu yang menggunakan mana-mana tempat di kawasan Jajahan MDPP sebagai tempat memelihara lembu/kerbau tanpa lesen yang disahkan adalah menjadi kesalahan mengikut Undang-undang Kecil.
  • Mana-mana lembu/kerbau yang merayau-rayau diluar dari pre,is yang berlesen, akan ditangkap atau ditembak oleh pihak berkuasa MDPP dengan kebenaran Yang DiPertua dan Setiausaha Majlis.  Seterusnya, lembu/kerbau tersebut akan di bawa ke pusat penyembelihan yang ditetapkan oleh MDPP.
  • Tiada apa-apa pampasan yang akan diberikan kepada pemilik di atas tindakan penyembelihan terhadap lembu/kerbau mengikut peruntukan Perenggan (10) di bawah Undang-undang Kecil ini.
  • Yang DiPertua dan Setiausaha atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa khas oleh Yang DiPertua MDPP boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan-kesalahan mengikut peruntukan Perenggan (10) di bawah Undang-undang Kecil ini melalui Borang 3 Jadual Bersama  dengan syarat:
  • Mana-mana lembu/kerbau yang dirampas dan ditahan boleh dikembalikan semula kepada pemilik dengan bayaran kurang daripada RM 25 bagi setiap hari berserta dengan bayaran tambahan sebanyak RM 10 bagi seekor lembu/kerbau. Namun, bayaran ini akan digandakan sekiranya lembu/kerbau dirampas atau di tahan untuk kali yang seterusnya serta tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM 250 dan, 
  • Manakala, bagi kambing dan biri-biri pula, bayaran yang akan dikenakan ialah sebanyak RM 15 bagi setiap hari dan bayaran tambahan sebanyak RM 5 sehari bagi seekor kambing Atau biri-biri.

7. Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau 1983

  • Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau 1983 telah diwartakan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1976.  Undang-undang ini telah memperuntukkan kesalahan sekiranya, pemilik atau penjaga  haiwan yang membiarkan atau membenarkan haiwan  jagaanya merayau-rayau di tempat-tempat awam.
  • Pemberian kuasa menangkap, menahan, menembak dan menyembelih haiwan yang merayau-rayau adalah seperti berikut:
  • Yang DiPertua, Setiausaha atau mana-mana pegawai MDPP yang diberi kuasa khas oleh YDP boleh menangkapatau menahan mana-mana haiwan yang merayau-rayau di tempat-tempat awam
  • Sekiranya terdapat haiwan yang mengancam kesalamatan orang awam, ia boleh di tembak atau disembelih dan menghapuskan bangkai haiwan tersebut mengikut prosedur dan tempat yang ditetapkan oleh YDP dan Setiausaha MDPP.

8. Undang-undang kecil taman 1987

  • Undang-undang ini diwartakan pada 1986 di bawah seksyen 103. Undang-undang ini ditubuhkan bagi menjaga kebersihan dan keharmonian taman di bawah jagaan pihak MDPP. Antara kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dilakukan adalah seperti merosakan kemudahan yang disediakan di taman tersebut. Yang dipertua boleh menutup sesuatu taman atau mana-mana bahagian daripadanya pada bila-bila masa. Pihak MDPP berkuasa mendenda, mengkompaun atau penalti pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

9. Undang-undang Kecil Mencegah kekotoran 1983

  • Undang-undang ini diwartakan pada 1Julai1983. Undang-undang ini ditubuhkan bagi menjaga kebersihan kawasan MDPP. Undang-undang ini terpakai bagi seluruh kawasan MDPP di bawah peruntukan Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Antara tindakan-tindakan yang boleh menyebabkan kesalahan adalah seperti berikut:
  • Menempatkan, menyimpan, membuang, membenarkan atau menempatkan kekotoran di tempat-tempat awam.
  • Mengeringkan bahan-bahan seperti makanan, barang, atau benda ditempat awam.
  • Membuang dan menempatkan sampah sarap serta menumpahkan cecair yang berbahaya seperti darah, air garam, atau bahan-bahan lain yang kotor dan berbau busuk di tempat -tempat awam.
  • Membuang, menumpahkan atau menyingkirkan apa-apa jenis kekotoran sama ada di tempat awam serta melalui kenderaan bergerak atau tidak bergerak.
  • Membuang atau mengacukan kapur abu, pasir, arang, rambut, kertas yang tidak diguna, bulu, atau bahan-bahan lain sama ada secara perbuatan atau di bawa angin ke tempat-tempat awam.
  • Membuang atau meninggalkan barang-barang seperti botol, tin, bekas makanan, pembalut makanan, atau barang-barang lain di tempat-tempat awam.
  • Menyimpan, membuang, meninggalkan atau mnempatkan bahan-bahan pembinan, pembersihan atau perobohan bangunan seperti simen, batu, tanag, pasir, kayu dan bahan-bahan lain di tempat-tempat awam. Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja berikut yang gagal mengambil langkag-langkah keselamatan serta mengamcam keselamatan, kepentingan serta kesihatan orang awam.

10. Undang-undang Kecil Iklan Pilihanraya

11. Undang-undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian

12.Undang-undang Kecil Kerja-kerja Tanah

13.Undang-undang Kecil Iklan

14. Undang-undang Kecil Pasar

15. Undang-undang Kecil Perlesenan Anjing

16. Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap

17. Undang-undang Kecil Tandas Awam

18. Undang-undang Kecil Vandalisme