MENU
Jeram Linang merupakan salah satu pusat rekreasi yang awal dibuka di Pasir Puteh. Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh. Tambang dari Pasir Puteh ialah RM 4.00 untuk seorang, manakala RM 6.00 dari Machang.

 

Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak iar terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan, juga terdapat play ground untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan dan kemudahan seperti tapak, dewan dan restoran masakan panas juga disediakan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung dan juga terdapat satu mini zoo disediakan di sini oleh pihak Pejabat Hutan Negeri Kelantan.
 
Jeram Linang
Jeram Linang
Jeram Linang
Jeram Linang

 [ Kembali ]