MENU
Pantai Tok Bali terletak lebih kurang 16 km dari bandar Pasir Puteh. Pantai ini telah dibuka sekali dengan pembinaan terusan Semerak, yang telah dibangunkan oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa). Pantai ini mendapat nama jolokan dari Kg.Tok Bali itu sendiri. Kawasan tepi pantai yang sesuai untuk mandi-manda dan memancing serta aktiviti berkelah dan berkhemah secara berkeluarga ini menjadi tumpuan orang ramai setelah selesai pembinaan ‘coastal highway' yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Bharu melalui jalan pantai.

 

Di samping itu juga pantai ini juga menyediakan tempat penginapan yang selesa. Pengangkutan untuk sampai di sini ialah bas dan teksi. Tambang bas ialah RM 2.00 dan teksi RM 3.00. Pantai Tok Bali menyajikan ketenangan dan kedamaian dengan belaian dan hembusan angin Laut China Selatan. Kemudahan seperti surau, tandas dan tong sampah juga disediakan. Kawasan berdekatan pantai menyediakan chalet murah untuk penunjung yang ingin menikmati suasana malam di Tok Bali atau memancing ikan di muara sungai atau terusan Tok Bali.
 
Pantai Tok Bali
Pantai Tok Bali

 [ Kembali ]