MENU
Projek DiRaja Wakaf Bunut telah dibuka pada tahun 2005, dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan. Projek ini merupakan asas dan pemangkin kepada naik taraf ekonomi penduduk setempat. Projek ini menumpukan kepada usaha menternak ikan air tawar seperti patin, tilapia, keli dan lampan jawa. Produk ini adalah untuk pasaran tempatan dan juga untuk dibuat pekasam. Terletak 20 km dari bandar Pasir Puteh, 4 km dari Pekan Selising. Pengangkutan untuk sampai ke sini ialah melalui bas sehingga Pekan Selising dan seterusnya menaiki teksi. Tambang bas ke Selising ialah RM 1.00 dan tambang teksi ialah RM 2.00 seorang.

 

Terdapat restoran yang menyediakan ‘sizzling mee’ dan masakan panas, manakala kolam ikan air tawar disediakan untuk kaki pancing yang berminat untuk memancing. Setiap ikan yang dipancing ditawar dengan harga RM 3.50 sekilogram, manakala jualan runcit pula ialah RM 4.00 sekilogram. Bagi yang ingin merasai atau untuk suka-suka memancing, ikan akan diambil oleh pihak peserta projek manakala tiada bayaran dikenakan. Pancing disediakan tetapi umpan tidak disediakan.

 

 
Wakaf Bunut Royal Project, Selising
 
Wakaf Bunut Royal Project, Selising
 
Wakaf Bunut Royal Project, Selising

 

 [ Kembali ]