MENU

Tugu Peringatan Tok Janggut

(Sila klik gambar ini untuk paparan yang lebih jelas)

 

Tugu Peringatan Tok Janggut ini telah dibina oleh Majlis Daerah Pasir Puteh pada tahun 2005. Tugu ini dibina bagi memperingati jasa dan perjuangan Haji Muhammad Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Janggut', dalam era penentangan orang-orang Melayu di Tanah Melayu ke atas Inggeris. Lokasi tugu ini adalah di Pusat Bandar Pasir Puteh.

Elemen Tugu Peringatan Tok Janggut :

  1. Semutar – merupakan pakaian orang melayu atau pendekar pada zaman dahulu, dan ianya berkait rapat dengan budaya orang Islam yang mana merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.
  2. Keris – merupakan senjata orang Melayu dan jati diri bagi pendekar atau hulubalang
  3. Lembing – merujuk kepada senjata orang Melayu yang digunakan untuk berkawal dan mempertahankan diri atau golongan bangsawan.

 

Kembali ]