MENU
Jeram Pasu merupakan pusat rekreasi yang paling awal dibuka di Pasir Puteh. Terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu. Kemudahan di Jeram Pasu ialah kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak, surau, tandas, bilik persalinan, wakaf-wakaf dan dan terdapat gerai menjual air dan makanan segera seperti pisang goreng dan keropok lekor goreng. Tempat letak kereta juga disediakan.

 

Pusat rekreasi ini menyajikan keindahan flora dan faunanya yeng tersendiri. Pusat rekreasi ini amat sesuai untuk aktiviti santai keluarga pada hujung minggu. Bagi pengangkutan awam pula, teksi untuk satu tempat duduk sahaja dengan bayaran RM 3.00 dari bandar Pasir Puteh, manakala RM 8.00 dari Bandar Kota Bharu serta RM 12.00 dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
 
Jeram Pasu
Jeram Pasu
Jeram Pasu
Jeram Pasu

 [ Kembali ]