Breadcrumb Breadcrumb

Logo logo

 LOGO MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH

Logo MDPP

 Bentuk Tiga Segi

Bentuk Tiga Segi
Bentuk ini menggambarkan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pasir Puteh yang meliputi 3 komponen kawasan utama iaitu kawasan dataran (Bandar dan pekan-pekan), kawasan lembah (Pantai dan pertanian) dan kawasan berbukit (hutan dan rekreasi).

 Kubah Masjid Kubah Masjid
Kubah ini melambangkan bahawa pentadbiran dan pengurusan Masjid adalah berasaskan kepada konsep 'Ubidiyah (ibadah), Mas' Uliyah (tanggungjawab) dan itqan (mutu/kualiti), dengan menggunakan cogan kata jabatan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM".
 
 Roda Roda
Roda ini melambangkan teknologi, dimana MDPP membangun selaras dengan pembangunan dan perkembangan era teknologi semasa. 
 Logo Pejabat Tanah Logo Pejabat Tanah
Logo ini adalah menunjukkan bahawa asas penubuhan Majlis Daerah Pasir Puteh dalam pentadbiran yang sama dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, dimana Yang DiPertua adalah pemangku Ketua Jajahan.
 
 Banner "19 MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH 79 " Banner "19 MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH 79 "
Banner yang tertera dalam logo ini, memberi maksud bahawa Majlis Daerah Pasir Puteh telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1979, selepas penyusunan semula Pihak Berkuasa Tempatan, dimana MDPP ditubuhkan hasil penyatuan Lembaga Bandaran Pasir Puteh dengan Majlis Tempatan Cherang Ruku.
 
Merah Merah
Merah melambangkan warna jati diri dan keberanian yang wujud dalam sebuah pentadbiran dalam menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang.
 Kelabu Kelabu
Warna ini melambangkan suasana yang aman, tenang dan damai dalam kawasan pentadbiran Majlis. Warna ini juga sinonim dengan cogan kata bagi Bandar Pasir Puteh iaitu "Pasir Puteh Bandar Sejahtera".
 
 Kuning Kuning
Warna ini melambangkan warna diraja, dimana pentadbiran Majlis Daerah Pasir Puteh adalah berhubung secara langsung dengan institusi beraja, terutamanya di peringkat pengurusan tertinggi dan majlis-majlis rasmi Kerajaan.

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 
   2     Kod QR MDPP    divider    3     Maklumbalas    divider    4     Peluang Kerjaya    divider        Ramalan Cuaca    divider    rc1 rc2 rc3