panduan panduan

Tatakelakuan

Tatakelakuan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan menggariskan tingkah laku oleh seorang warga Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan sama ada ianya pemimpin atau anggota yang dipimpin, cara berhubung dengan rakan sekerja dan pelanggan sama ada di kaunter atau melalui telefon. Dengan ini, imej dan reputasi mereka sebagai warga Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan yang berintergriti tinggi dan berwibawa sentiasa terpelihara. Tatkelakuan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan seperti berikut:-

Ketua/Pemimpin

1. Layanan baik dan berbudi terhadap kakitangan bawahan;

2. Sikap murah hati, sentiasa menunjuk ajar dan melayan orang bawahan sebagai seorang insan.

3. Ketua perlu mempunyai ketinggian budi bahasa dan nilai-nilai yang baik untuk diteladani;

4. Ketua yang baik juga perlu adil dan saksama dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Orang yang dipimpin

Setiap warga Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan hendaklah pada bila-bila masa;-

1. Mematuhi arahan ketua;

2. Sentiasa menepati masa selagi tidak bercanggah dengan hokum syarak;

Rakan Sekerja

1. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain;

2. Menunjukkan budi pekerti yang mulia, menggunakan bahasa yang halus dan bertimbang rasa;

3. Mengamalkan sikap bantu membantu dan bermuafakat dalam melaksanakan tugas; dan

4. Menerima nasihat, teguran, tunjuk ajar dengan hati yang terbuka.

 

 

Halaman: 1  2  

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

   divider        Kod QR MDPP    divider        Maklumbalas    divider        Peluang Kerjaya    divider        Ramalan Cuaca    divider